Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin hari semakin meruncing susulan pelucutan jawatan Anina Saadudin selaku Ketua Srikandi PPBM malah saya juga difahamkan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir bakal menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden PPBM.

Serangan bertali arus ahli-ahli PPBM terhadap kepimpinan Muhyiddin semakin hebat.

Saya tidak terkejut sekiranya Muhyiddin diminta meletak jawatan bagi membolehkan Mukhriz mengambil alih jawatan Presiden PPBM.

Dengan meletakkan Mukhriz sebagai Presiden, ianya menjadi lebih mudah untuk Tun Mahathir menamakan anaknya sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Kini Khairuddin Abu Hassan tampil mempertahankan kedudukan Anina. Beliau turut menggesa Muhyiddin untuk membersihkan namanya yang terpalit dengan skandal hubungan sulit bersama Nika Gee, isteri kepada bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Augustin.

Sehingga hari ini, Muhyiddin masih tidak berani untuk menafikan kandungan dokumen akuan bersumpah (SD) oleh Stanley Augustin mengenai hubungannya dengan Nika Gee.

Kalau pun Muhyiddin pemimpin yang bersih, beliau seharusnya berani membersihkan namanya dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membongkar skandal tersebut.

Saya simpati dengan penyokong dan ahli PPBM yang selalu diberi harapan palsu oleh kepimpinan parti tersebut. Parti yang ditubuhkan oleh orang-orang kecewa pastinya akan mengecewakan penyokong mereka akhirnya. Baru sahaja empat bulan ditubuhkan sudah huru-hara. Kapal yang baharu sahaja berlayar, sudah mahu karam.