Calon perdana menteri pembangkang itu sehingga kini membisu soal apakah beliau sependirian dengan Mahathir selepas sainganya untuk jawatan tersebut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan dengan tegas apa yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat bukannya rasuah.

Yang jelas Mahathir macam keseorangan dalam isu ini selepas rakan-rakan beliau memilih untuk membisu seribu bahasa.

Bahkan sudah ada yang mempertikaikan kewarasan hujah-hujah Mahathir yang jelas bertentangan dengan pendapat ahli-ahli ekonomi seluruh dunia

Sebab itu, Muhyiddin setakat ini ‘bisu’ mengulas isu BR1M dan selesa ‘bermain selamat’ seraya cetus tanda tanya di manakah suara bakal perdana menteri bayangan pembangkang itu.

Ada penganalisis politik menyifatkan tindakan senyap Muhyiddin bukan sahaja aneh tetapi ada misteri cuba disorok selepas ‘orang kuat’ Mahathir, Khairuddin Abu Hassan menggasaknya berhubung skandal seks dengan isteri orang.

Adakah Muhyiddin takut bos sendiri atau seperti cuba pulang paku keras untuk Khairuddin apabila tidak komen isu skim bayaran tunai tersebut yang dikecohkan oleh Mahathir bagi memalukan pula imej tokoh berusia 91 tahun itu?

Sekali imbas, memang ada logik kerana tiada apa-apa ‘ribut’, tiba-tiba Mahathir bangkit isu BR1M konon ia rasuah daripada BN demi raih sokongan politik bahkan mendahului mufti apabila memfatwakan haram terhadap skim itu.

Mana pergi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang lantang dibangkit selama ini sehingga menjadi bahan kempen tular ketika pilihan raya negeri Sarawak serta pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar?

Terbuktilah Muhyiddin mungkin sudah dapat ‘baca’ agenda tersirat Mahathir apabila Ahli Parlimen Pagoh itu tidak bercakap mengenai isu BR1M kerana tahu rakyat sudah jelik melihat permainan persepsi buruk oleh pembangkang.

Mahathir berasa aib banyak kerajaan asing mula mencontohi Malaysia dengan melaksanakan skim ala BR1M bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat miskin antaranya Thailand, India dan terbaharu, negara kaya Arab Saudi.

Atau Muhyiddin bimbang nasibnya akan jadi lebih buruk sebagaimana dialami oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dalam isu kos sistem MRT, apatah lagi ramai minat ‘korek’ skandal seks dirinya pula!