Menurut Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir kesungguhan PKR dalam memujuk PAS untuk bekerjasama akhirnya akan menjadi sia-sia kerana ketegangan antara kedua-dua parti itu mulai berlaku sekaligus tidak mampu untuk mengalahkan UMNO BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“PKR seolah-olah mengungkit dan mengingatkan PAS tentang peristiwa pilihanraya yang lalu.

“Jika PKR berterusan mengkritik PAS, , rasanya rancangan kerjasama ini akan gagal melainkan kedua-dua belah pihak tidak mengungkit perkara yang lalu dan hanya menumpukan kepada agenda pilihanraya sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pemimpin PKR, Datuk Abdullah Sani yang secara sinis mengingatkan PAS agar tidak lupa kejadian pertindihan kerusi yang membabitkan dua parti itu pada pilihan raya umum yang lalu.

Tegasnya walaupun PKR-PAS bersahabat, terutama ketika menjalin hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) mereka perlu akur kepada kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik parti.

“Siapa yang tikam belakang, siapa yang bersahabat?

“Tikam belakang, berlawan tiga penjuru, letak calon di Terengganu seramai tiga orang, Selangor seorang, Pulau Pinang seorang.