Terus terang saya berasa sedih bila melihat kejadian ini terus berlaku di Pulau Pinang.Wakil pembangkang dari kaum Melayu juga masih tidak mampu mengekang kerakusan kerajaan DAP mengambil tindakan kepada peniaga Melayu yang mencari rezeki sedangkan peniaga kaum Cina terus dibiarkan.

Kerana apa saya melawan DAP?

Kerana sebenarnya merekalah yang sangat rasis dalam perjuangan dan ideologi mereka.Bila kuasa sudah dalam gengaman ,mereka bermaharajalela dalam pentadbiran yg juga terang-terangan “memilih bulu” dalam penguatkuasaan lebih-lebih lagi kepada bangsa Melayu.Jika tindakan ini terus dibiarkan maka mereka akan melahirkan dan terus mendidik lebih ramai dalam kaum Cina dan juga lain-lain.

Lebih menakutkan tindakan mereka ini berselindung kononnya dibawah undang-undang sekaligus menutup agenda jahat mereka dalam menutup ruang bangsa Melayu yang selama ini dijaga oleh Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak hak dan keistimewaan orang Melayu.

Lebih menyedihkan ada pemimpin Melayu yang sanggup berlindung dan bernaung menjadi talibarut di bawah kepimpinan DAP yang jelas tidak adil dalam pentadbiran , malah mereka jelas memperjuangkan Malaysian-Malaysian yang akan membunuh hak istimewa orang Melayu, kebebasan hak asasi manusia dalam kebebasan agama dan juga kebebasan seksual yang juga jelas bertentangan dengan ajaran Islam!

Sahabat-sahabat,

Sesetengah Melayu bandar pula terpedaya dengan DAP yang memberikan gambaran dan label RASIS kepada UMNO sedangkan merekalah iaitu DAP yg sebenarnya SUPER RASIS.

DAP terus-menerus memperbodohkan rakyat Malaysia dengan mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan BN dalam masa yang sama DAP berjaya menjalankan agenda jahat mereka tanpa disedari kerana mereka berjaya membuatkan bangsa Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri.

Lihatlah parti PAS yang telah cuba bersama DAP akhirnya menarik diri dari pakatan mereka yang cuba menjatuhkan kerajaan BN dengan cara yang tidak beretika dan juga menyedari agenda jahat DAP yg hanya
mempergunakan orang Melayu sebagai batu loncatan dalam merampas kuasa pentadbiran Malaysia.

Selain orang UMNO ,Melayu Pulau Pinang dan juga PAS telah menyedari perkara ini.