Bukan kerana rupanya yang menawan tetapi memang asam pedas yang disediakan tukang masak ini sedap, kata pemilik restoran selepas foto wanita itu tersebar.

Gadis tersebut, yang juga seorang rakannya, Razlinda Rohaizad dirakam sedang memasak di dapur restoran Dapur Kak Poo di sini dan dimuatkan di Facebook beberapa hari lalu.

“Semuanya kuasa media sosial kerana selepas berita gerai makan kami tular, kami tidak menang tangan melayan pelanggan,” kata pemiliknya Faizal Musa Kuti kepada Harian Metro.

“Malah, sejak gambar Razlinda memasak tular di Facebook, gerai itu semakin dikenali ramai.”

Beliau menjelaskan ada juga pelanggan datang untuk melihat gadis itu memasak, selain mencuba hidangannya. Namun tiada yang berani mengganggu, katanya lagi.

Faizal juga berkata asam pedas ikan merah menjadi menu paling digemari ramai di kedai makannya.

“Asam pedas kami menggunakan resipi ibu saya yang kini tinggal di Pandan dan kami turut menawarkan 30 jenis masakan kampung,” katanya, bekas pengurus restoran makanan segera di Singapura.

Kalau nak mencuba masakan nya boleh la datang ke sini.

Alamat
Gerai DAPUR KAK POO no 14 15 jalan kemboja, kampung dato sulaiman menteri, majidi johor bahru.. Blakang banggunan honda tau…

Waktu perniagaan 10 pagi sehingga 5 ptg.. sabtu tutup
No tel 0167812689