Trump telah mengenakan sekatan masuk kepada pelancong dan pendatang dari tujuh negara Islam selama 90 hari bermula semalam.

Tindakannya itu dikatakan bertujuan untuk melindungi rakyat Amerika daripada serangan pengganas. Tujuh negara itu ialah Syria, Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.

Walaupun sekatan itu bersifat sementara, namun banyak pihak mengecam perkara tersebut termasuk rakyat AS sendiri.

Sebanyak 40 buah negara Islam di dunia ini dan hanya 7 negara sahaja yang dianggap merbahaya dan perlu diawasi. Tapi kenapa hanya 90 hari? itu yang menjadi tanda tanya.

Tempoh 90 hari yang dikenakan adalah bagi mengikuti larangan sebelum itu dengan merangkumi larangan selama 120 hari bagi pelarian dan menghentikan arus pelarian dari Syria.

Kerajaan Trump akan membenarkan 7 negara tersebut memasuki Amerika semula dengan beberapa syarat yang ketat dan rakyat negara itu juga perlu mempunyai Visa perjalanan ke sana.

Tindakan ini juga sebenarnya pernah dilakukan Barrack Obama sebelum ini iaitu pada 2011 dalam menangani masalah pergolakan di Iraq. Namun jangkamasa yang dikenakan terhadap negara militan tersebut lebih lama iaitu sekitar 6 bulan.

DAP dengan tindakannya yang mahu menghantar memorandum kepada Kedutaan AS di Jalan Tun Razak dianggap dangkal dan cubaan untuk mencari publisiti murahan sahaja.