Dalam artikel sebelum ini, Mahathir and Daim deserted the sinking FOREX ship, kami mengatakan bahawa:

Bank Negara mula berjudi di pasaran FOREX pada lewat 1980-an. Seawal tahun 1989, media barat telah mendedahkan bahawa Bank Negara adalah spekulator FOREX terbesar di dunia tetapi pada masa itu Bank Negara sudah berada dalam kesusahan. Pada tahun 1991, Daim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan dan Anwar mengambil alih. Tugas Anwar sebagai Menteri Kewangan adalah untuk menyembunyikan perbuatan Mahathir dan Daim apabila semuanya menjadi huru-hara. Pada bulan September 1992, Soros menyerang pasaran FOREX dengan AS$ 8 bilion dalam wang yang dipinjam dan Bank Negara, yang sudah mula jatuh, kehilangan sejumlah AS$ 10 bilion manakala Soros mendapat AS$ 1.2 bilion.

Buat kali pertama dalam 26 tahun, Malaysia Today mendedahkan sebab sebenar mengapa Tun Daim Zainuddin menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Anwar Ibrahim:

Dan itulah sebabnya mengapa Daim meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991 dan tugas itu diserahkan kepada Anwar. Bukannya kerana Daim dan Mahathir telah bertengkar mengenai RM60 bilion aset Umno yang Daim pegang di bawah proksi dan yang mana beliau enggan menyerahkan kembali. Ini adalah cerita yang mereka putar belitkan untuk menyembunyikan sebab sebenar mengapa Daim terpaksa secara senyap melarikan diri melalui pintu belakang. Sebab sebenar mengapa Daim menyerahkan tugas Menteri Kewangan kepada Anwar adalah kerana tidak lama lagi orang ramai akan mengetahui bahawa Bank Negara mengalami kejatuhan yang teruk akibat kerugian besar yang ditanggungnya dari perjudian di pasaran FOREX.

Jadi garis masanya adalah seperti berikut. Pada tahun 1989, Bank Negara telah didedahkan sebagai penjudi FOREX terbesar di dunia. Pada tahun 1991, cerita itu menjadi terlalu panas untuk disembunyikan – jadi Daim meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Anwar. Pada tahun 1992, George Soros menyerang pasaran FOREX dengan AS$ 8 bilion dan Bank Negara telah dihapuskan. Pada tahun 1993, Lim Kit Siang membangkitkan perkara itu di Parlimen dan Anwar menafikannya. Pada tahun 1994, Kit Siang sekali lagi membangkitkan perkara ini di Parlimen dan Anwar akhirnya mengakuinya tetapi berkata ia hanyalah kerugian modal belum terealisasi dan jumlah yang kecil dan tidak sebanyak seperti yang dilaporkan.

Itu adalah latar belakang untuk keseluruhan isu ini. Sesetengah, bagaimanapun, bertanya mengapa baru kini kita bercakap mengenainya selepas 26 tahun? Jawapannya adalah mudah bagi anda yang terlalu bodoh untuk memahami. Sebelum ini kita tidak mengetahui cerita sebenar serta jumlah sebenar kerugian itu. Beberapa hari yang lepas, kami telah diberitahu kebenarannya. Itulah sebabnya kita bercakap mengenainya sekarang ini selepas 26 tahun.

Faham? Sekarang berhenti bertanya soalan bodoh melainkan jika anda mahu jawapan bodoh.

Pada April 1991, laporan agensi berita Reuters dari London menggambarkan Bank Negara sebagai “kuasa dominan di FOREX untuk beberapa tahun” dan ia dituduh oleh sesetengah pengendali forex sebagai “pembuli pasaran”. Laporan itu seterusnya berkata:

Sejak dua tahun yang lalu ia (Bank Negara) telah meningkatkan jumlah dagangan, dan tahun ini ia telah mula berniaga dalam apa yang peniaga gambarkan sebagai ‘jumlah yang sangat besar’. Biasanya, Bank Negara beroperasi pada lot AS$ 50 juta, berbanding dengan norma pasaran sebanyak AS$ 5 juta atau AS$ 10 juta dan berurusan dengan mungkin enam bank utama di Eropah dan enam di New York, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata satu-satunya peniaga yang bersaing denga Bank Negara ialah dana Jepun. Tetapi walaupun dana ini memasuki pasaran tidak lebih daripada sekali atau dua kali setahun, Bank Negara akan masuk dan melakukan berbilion dolar sehari. Tekniknya baru-baru ini adalah untuk berurusan dengan bank-bank utama pada AS$50 juta setiap satu, kemudian berurusan dengan mereka 10 minit kemudian, kata para peniaga. Kemudian ia berubah pusat, dan melakukannya sekali lagi.

Pendek kata, Bank Negara telah berjudi secara besar-besaran. Malah, Bank Negara telah beroperasi di London dan New York untuk tujuan ini. Dan pada akhir 1980-an Zeti Akhtar Aziz telah ditugaskan di pejabat mereka di London. Jadi Zeti tahu apa yang telah berlaku sejak akhir 1980-an dan beliau juga tahu siapa yang terlibat. Walau bagaimanapun, Zeti tidak pernah bercakap mengenainya sepanjang 28 tahun yang lalu dan tidak pernah mendedahkan kebenaran.

Adakah itu sebabnya beliau telah dianugerahkan dengan jawatan Gabenor? Dan adakah sebahagian daripada tugas beliau untuk tidak mendedahkan apa yang berlaku pada tahun 1980-an, berapa banyak kerugian sebenar Bank Negara, dan siapakah yang terlibat?

Pada tahun 1993, Anwar memberitahu Parlimen bahawa cerita bahawa Bank Negara berjudi dan rugi di pasaran FOREX adalah tidak benar. Itu adalah sebahagian daripada fungsi kerjanya dan sebab mengapa Daim menyerahkan kepadanya jawatan Menteri Kewangan: untuk menyembunyikan perbuatan Mahathir dan Daim dan berbohong kepada Parlimen.

Pada tahun 1994, Anwar sekali lagi berbohong kepada Parlimen dan berkata bahawa Bank Negara hanya menyebabkan kerugian modal belum terealisasi dan jumlah itu adalah kecil dan tidak sebesar seperti yang dilaporkan. Anwar kemudian memberitahu Parlimen bahawa Jaffar Hussein, Gabenor Bank Negara pada masa itu, telah bertanggungjawab dan telah meletakkan jawatan. Hari ini, Nur Jazlan Mohamed berkata, Jaffar, bapa mertuanya, adalah kambing hitam dan meletakkan jawatan untuk menyembunyikan perbuatan dalang yang sebenar.

“Beliau meletakkan jawatan pada Hari April Fool pada tahun 1994, untuk menutup kesalahan orang lain. Peletakan jawatan bapa mertua saya untuk bertanggungjawab atas kesilapan orang lain jarang berlaku dalam politik dan kerajaan di Malaysia sehingga ke hari ini. Dan wajah arwah bapa mertua saya berada dalam laporan Utusan itu, membayangkan seolah-olah beliau adalah orang yang bersalah dan bukan hanya bertanggungjawab sebagai bos Bank Negara pada masa itu,” kata Nur Jazlan.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid, telah mengatakan bahawa: ‘BNM kerugian AS$ 10 bilion dalam pasaran FOREX pada tahun 1990-an’. Menantu Gabenor Bank Negara pada masa itu, Nur Jazlan Mohamed, telah berkata: ‘Bekas Ketua BNM telah bertanggungjawab bagi pihak orang lain. Kini masa untuk Zeti Akhtar Aziz, orang yang berada di London semasa semua ini berlaku, juga untu berterus terang dan mendedahkan kebenaran dan tidak menyembunyikan kebenaran sehingga ke akhir hayatnya seperti yang dilakukan Jaffar Hussein.

Masalah dengan semua pendedahan terkini ini ialah ia menimbulkan lebih banyak persoalan daripada menyediakan jawapan. Sebagai contoh, kita kini tahu bahawa jumlah kerugian Bank Negara adalah AS$ 10 bilion, bersamaan dengan RM98 bilion hari ini. Tetapi apa yang kita tidak faham adalah bahawa George Soros menyerang pasaran hanya pada 16 September 1992, yang kini dikenali sebagai ‘Black Wednesday’. Dan beliau masuk dengan AS$ 8 bilion wang yang dipinjam tetapi hanya kekal untuk beberapa hari dan selepas itu beliau keluar selepas membuat AS$ 1.2 bilion.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia kerugian banyak (beliau tidak pernah menyebut berapa banyak tetapi kini kita tahu ia adalah AS$ 10 bilion) kerana Soros. Mahathir menyalahkan Soros sepenuhnya. Tetapi Soros berurusan di pasaran hanya pada 16 September 1992 dan hanya beberapa hari. Bank Negara, bagaimanapun, telah berurusan dengan pasaran dari tahun 1980-an dan ia meningkatkan aktivitinya pada tahun 1989 sehingga tahun 1993. Jadi Bank Negara telah banyak berjudi selama empat tahun manakala Soros hanya untuk beberapa hari. Jadi bagaimana kerugian AS$ 10 bilion Bank Negara dipersalahkan sepenuhnya ke atas Soros?

Persoalan seterusnya ialah: adalah keseluruhan kerugian AS$ 10 bilion itu disebabkan oleh kerugian FOREX atau ada sebab lain yang menyebabkan kerugian itu dan kerugian FOREX hanyalah sekadar untuk menyembunyikan sebab sebenar kerugian Bank Negara? Ia sama seperti cerita yang kita dengar tentang sebuah kedai emas yang dirompak dan kira-kira RM1 juta telah diambil dan kedai emas itu menyembunyikan barang kemas bernilai RM 1 juta lagi dan melaporkan kepada syarikat insurans bahawa rompakkan itu bernilai RM2 juta.

Jadi, berapa banyak daripada AS$ 10 bilion itu yang sebenarnya disembunyikan dan berapa banyak yang sebenar-benarnya rugi kerana bermain pasaran FOREX? Mungkin banyak lagi yang belum diceritakan dalam hal ini.