Sama jugak berlaku kepada penerbangan Malaysia (MAS) kerajaan asyik kerugian setiap tahun sama jugak berlaku kepada Proton ini.Anda kah kerajaan mahu inverst lagi dalam bentuk kewangan kepada proton…semuanya duit rakyat Malaysia.Tentu ada sesuatu tidak kena dalam pertadbiran dalam proton ini.Lihat lah saja MAS sekarang mana ada lagi berita kerugian kita dengar kan.

Baik bagi orang lain yang handle dalam proton ini…buang bahagian yang tak ada kepentingan dalam syarikat proton tu.Tentu ada sesuatu yang tak kena tu.Jauh lah Proton dan Produa ni.

Proton Holdings Berhad adalah sebuah syarikat milik DRB-Hicom. DRB-Hicom pula adalah syarikat yang dikuasai oleh TS Syed Mokhtar Al-Bukhari seorang billionaire dan individu ke-10 terkaya di Malaysia.

DRB-HICOM telah mengambilalih pegangan dalam Proton daripada Khazanah setelah mereka berjaya menewaskan bidaan Kumpulan Naza. Pengambilalihan oleh kumpulan DRB-HICOM milik Syed Mokhtar itu pada 2011/12 disokong oleh Mahathirpencetus dan pengasas Proton.

DRB-HICOM telah melantik Mahathir sebagai Pengerusi Proton. Mahathir bagaimanapun meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton semasa masalah kewangan pada kemuncaknya.

Proton telah memohon pertolongan kewangan (grant) daripada Kerajaan Malaysia dan telah diluluskan pinjaman sejumlah RM 1.5 billion untuk membayar hutang Proton kepada vendor-vendornya. Pinjaman Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah bertujuan untuk memastikan vendor-vendor Proton tidak gulung tikar atau muflis akibat dari kegagalan Proton untuk melunaskan hutangnya kepada vendor-vendor terlibat.

Salah satu syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah untuk mencari rakan teknikal yang sesuai bagi memulihkan perniagaan Proton.

Satu lagi, jika Proton gagal untuk membayar balik pinjaman berkenaan, Kerajaan Persekutuan boleh menukarkan “preference shares” yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia sebagai jaminan pinjaman RM 1.5 billion berkenaan untuk mengambil alih Proton daripada DRB-HICOM.

Perkara yang perlu diambil maklum:
Pertama, Proton adalah sebuah syarikat swasta milik DRB-HICOM. Kedua, Kerajaan Malaysia sudah sekali “bail-out” Proton dengan memberi pinjaman/suntikan modal tunai berjumlah RM 1.5 billion.

Tidak sepatutnya timbul sebarangan persoalan atau dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia “menjual” pegangan dalam Proton kepada syarikat asing, khasnya dari China. Ini adalah kerana jemputan atau tawaran kepada pihak yang berminat untuk menjadi ‘rakan teknikal’ Proton dibuat oleh DRB-HICOM.