Friday, May 26, 2017
Home Sukan Penyokong P.Pinang DESAK Zairil letak jawatan

Penyokong P.Pinang DESAK Zairil letak jawatan [BARU SAJA DILANTIK PRESIDEN FAP]

0
324
Lebih 100 orang penyokong bola sepak skuad Harimau Kumbang berkumpul di hadapan Institut Penang di sini sempena Kongres Luar Biasa (EGM) Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mendesak Zairil Khir Johari berundur daripada mengemudi pasukan berkenaan.
Kumpulan berkenaan turut membawa pelbagai sepanduk bertulis Selamatkan Maruah Bola Sepak Pulau Pinang dan Kami Mahu Yang Berhormat Berundur Diri.
Wakil kumpulan berkenaan, Zamzuri Ibrahim berkata, mereka kecewa dengan tindakan Presiden baharu, Zairil Khir Johari yang mengelak untuk bertemu penyokong bagi mendapatkan penjelasan tentang prestasi buruk skuad Harimau Kumbang.

” Kalau beliau (Zairil) tidak mampu menguruskan team bola sepak, bagaimana kami hendak memberi kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi keseluruhan program bola sepak negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” katanya.